DIA
by unknown
"Semua asyik bertanya.
Kau pastikah? Betul-betul pasti kah?
Aku naik menyampah. Memang aku tidak pasti apa yang Tuhan hidang untuk aku esok-esok.
Dan aku tidak pasti hidup berdua itu bagaimana sebenar-benarnya.
Tapi dalam tiap senyum , tiap gelak, tiap nangis, tiap marah, tiap sakit, tiap payah,
Aku mahu dengan dia.
Kalau hidup ini sial, biar aku lapah sial itu dengan dia.
Kalau aku jadi buruk, biar aku buruk dengan dia.
Kalau dia perengus, biar aku yang hadap rengus dia,
Aku tak pasti bahagia takat mana tapi dalam tiap-tiap tapak kaki aku memanjat mencarinya.
Aku pasti aku mahu dia ada."
No comments:
Post a Comment