Tuesday, May 28, 2013

Randomly Random

Orang cakap, kalau sayang, tangan- tangankan. Saya nak tangan tangankan awak boleh?

Oh. Tadi pergi kedai gambar Ah Kong.  Mr Idontlikesambal nak ambil gambar berukuran pasport sebab rambut, janggut, misai dah tebas minggu lepas. Jadi, sekarang muka dia tengah hensem. Bukan senang nak dapat momen muka tengah hensem macamni, jadi haruslah diabadikan dalam foto.
Sewaktu dalam perjalanan, he said this.

 "Nanti masuk je kedai tu, awak terus ambik camera dulu." *suara serius*

 "Ha..Camera apa pulak ni? Awak nak saya ambil gambar awak ke?" 

 "Awak ni. Baru nak konon-konon kita nak pergi rompak kedai. " *stress*

 "Oh oh hohoho"  *pandang tingkap*

Macam mana hoi nak jadi partner in crime awak, kalau dapat partner selow camni.
Ha nah kita belanja sikit gambar ambil tadi.

Kacak seperti biasa.


P/S : Word of the day = GOAL!

Tuesday, May 21, 2013

Dia

DIA
by unknown

"Semua asyik bertanya.
Kau pastikah? Betul-betul pasti kah? 

Aku naik menyampah. Memang aku tidak pasti apa yang Tuhan hidang untuk aku esok-esok.
Dan aku tidak pasti hidup berdua itu bagaimana sebenar-benarnya.
Tapi dalam tiap senyum , tiap gelak, tiap nangis, tiap marah, tiap sakit, tiap payah,
Aku mahu dengan dia.

Kalau hidup ini sial, biar aku lapah sial itu dengan dia.
Kalau aku jadi buruk, biar aku buruk dengan dia.
Kalau dia perengus, biar aku yang hadap rengus dia,
Aku tak pasti bahagia takat mana tapi dalam tiap-tiap tapak kaki aku memanjat mencarinya.

Aku pasti aku mahu dia ada."



Monday, May 20, 2013

Trust



Hari ini aku masih percaya sepenuh hati.
Tolong ya jangan beri sebab untuk aku berhenti.

Friday, May 17, 2013

Of an insane week

Minggu yang gila.

Hujung minggu, datang lekas. 
Beri ruang aku bernafas.










Saturday, May 4, 2013

Gulai lemak kuning FTW!

I come to realize that whenever I went out for lunch and makan nasi campur, gulai lemak kuning would be the first lauk that I'll be looking for. Bagilah 100 jenis lauk pun, yang kuning-kuning jugak yang dicari. Lunch would never be lunch without gulai kuning. To whoever invented gulai lemak kuning, you had my heart.

Gulai lemak kuning for the win!
 Hm k lapar.